Kunjungan Hormat Ko-Nelayan Ke Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)
Kunjungan Hormat Dari Korporasi Kemajuan Perikanan Dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan) Ke Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
12 Februari 2025 — Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), YBhg. KPjR Lokman Effendi Ramli telah menerima kunjungan hormat daripada Korporasi Kemajuan Perikanan Dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan) yang diketuai oleh YBrs. Encik Salleh Hj. Obong, Penolong Pengurus Besar, Bahagian Perancangan dan Pembangunan Strategik.
Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan potensi kerjasama strategik yang boleh dikembangkan di antara RELA dengan Ko-Nelayan.
Turut hadir semasa sesi kunjungan hormat ini adalah TKPjR Muhamad Ghazali Bin Mamat @ Mansor, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi).
Kredit: RELA Malaysia – Facebook
#SetiaBerbakti
#RELASiapsiaga
#keselamatantanggungjawabersama
#taatsetia
#IhsanMADANI
#MalaysiaMadani