Bengkel Training of Trainers (TOT) e-SMART di MYSA
Bengkel Training of Trainers (TOT) yang dianjurkan oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) ini bertujuan untuk memberikan pendedahan menyeluruh kepada pegawai dan kakitangan KO-NELAYAN mengenai teknologi angkasa (remote sensing), Sistem Maklumat Geospatial (GIS), Sistem Penentududukan Global (GPS), serta aplikasi-aplikasi yang berkaitan dengan oseanografi dan perikanan.
Program ini diadakan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam menggunakan teknologi canggih ini bagi membantu para nelayan dan masyarakat pesisir dalam meningkatkan hasil perikanan mereka serta memudahkan pemantauan keadaan laut. Seramai 6 orang pegawai penyelidik MYSA dan 10 orang pegawai serta kakitangan KO-NELAYAN terlibat dalam bengkel ini.
Peserta yang terlibat telah didedahkan dengan cara menggunakan aplikasi dan teknologi yang berhubung rapat dengan perikanan dan oseanografi, melalui sesi pembelajaran teori dan praktikal. Bengkel ini berlangsung selama tiga hari, dari 4 hingga 6 Februari 2025 bertempat di Bilik Latihan, Agensi Angkasa Malaysia di Kuala Lumpur. Bengkel ini bertujuan untuk membolehkan pegawai-pegawai terlatih untuk menyebarkan pengetahuan kepada komuniti nelayan dan seterusnya meningkatkan keberkesanan penggunaan teknologi angkasa dan peralatan berkaitan dalam sektor perikanan di Sabah.
#konelayansabah
#programnelayandigital
#MalaysiaMadani