Sambutan Hari Natal Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah

Ko-Nelayan dinobatkan Johan Pertandingan Hiasan Pejabat Tercantik sempena sambutan Hari Natal MAFFI 2025

Sambutan Hari Natal Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah
19 Disember 2025
Majlis
Dewan Wisma Pertanian, Kota Kinabalu

Sambutan Hari Natal Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah

Suasana sambutan Hari Natal peringkat Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) berlangsung pada 19 Disember 2025, bertempat di Dewan Wisma Pertanian. Majlis ini dirasmikan oleh YB Datuk Jamawi Jaafar, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI).

Bagi memeriahkan lagi sambutan tersebut, pelbagai acara menarik turut dianjurkan, antaranya Pertandingan Hiasan Pejabat dan Gerai Tercantik bertemakan Hari Natal, serta Pertandingan Pakaian Paling Unik yang mendapat sambutan menggalakkan daripada warga MAFFI.

Sempena sambutan ini, Ko-Nelayan sekali lagi dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Hiasan Pejabat Tercantik. Tahniah!

Sambutan ini bukan sahaja memberi peluang kepada warga kerja untuk merasai kemeriahan suasana Hari Natal yang bakal menjelang, malah turut mengukuhkan hubungan silaturahim serta semangat perpaduan dalam kalangan seluruh warga kerja Ko-Nelayan dan MAFFI.

Peneraju Transformasi Nelayan

Kembali ke Arkib Aktiviti