Perintis Transformasi Papan Digital (Digital Board) di Lobi Ko-Nelayan

Menjadi perintis di bawah MAFFI melalui pelaksanaan sepenuhnya Papan Digital (Digital Board) Video Wall di lobi perkhidmatan

Perintis Transformasi Papan Digital (Digital Board) di Lobi Ko-Nelayan
13 Disember 2025
Program
Ibu Pejabat Ko-Nelayan, Kota Kinabalu

Perintis Transformasi Papan Digital (Digital Board) di Lobi Ko-Nelayan

Pengurus Besar (PB) Ko-Nelayan, Tuan Yusof Hj Ag Besar, dan Penolong Pengurus Besar Khidmat Pengurusan (KP), Ag Asmat, meninjau persediaan akhir yang menjadi catatan sejarah bagi Ko-Nelayan Sabah sebagai perintis di bawah Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI), melalui pelaksanaan sepenuhnya Papan Digital (Digital Board) Video Wall di lobi perkhidmatan kami.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada persediaan awal Ko-Nelayan dalam merealisasikan Visi Sabah Maju Jaya 2.0 yang bakal dilaksanakan, selari dengan aspirasi Sabah Digital Government Initiative (SDGI) dan Pelan Strategik Ko-Nelayan 2023–2030 ke arah penyampaian perkhidmatan yang moden, cekap dan berteraskan rakyat.

Kami akan terus melangkah dengan tekad yang utuh, mendukung Sabah Maju Jaya, Transformasi Digital, demi nelayan, demi industri perikanan, demi rakyat, demi masa depan Sabah.

#DigitalBoard #konelayan #sabah #digital #SMJ #MAFFI

Kembali ke Arkib Aktiviti