Majlis Penyerahan Geran INNOPACK Ko-Nelayan dan Program CSR SIRIM
Majlis Penyerahan Geran Pembangunan Reka Bentuk Pembungkusan dan Percetakan Produk (INNOPACK) Ko-Nelayan dan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SIRIM kepada Usahawan Ko-Nelayan Tahun 2025 berlangsung di Kinabalu Hall, Level 5, Sabah International Convention Centre (SICC).
Seramai 10 Usahawan bimbingan Ko-Nelayan menerima Geran INNOPACK bagi tahun 2025. Manakala bagi Program CSR SIRIM, Wilayah Sabah telah terpilih bagi program CSR SIRIM dan memilih Ko-Nelayan bagi kerjasama dalam bantuan pembungkusan label produk usahawan yang tergolong dalam B40. Seramai 10 Usahawan bimbingan Ko-Nelayan turut menerima manfaat daripada program tersebut.
Diharapkan kerjasama seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang agar lebih ramai usahawan bimbingan Ko-Nelayan dapat dibantu.
#konel #konelayan #sirim #2025 #pembungkusan #csr #usahawan
Kembali ke Arkib Aktiviti