Sumbangan Bantuan Berupa Barangan Keperluan Asas Harian

40 nelayan terkesan banjir menerima sumbangan daripada Ko-Nelayan dan Petron Oil

Sumbangan Bantuan Berupa Barangan Keperluan Asas Harian
31 Oktober 2025
Majlis
Jeti KPN Pasir Putih, Putatan

Sumbangan Bantuan Berupa Barangan Keperluan Asas Harian

Seramai 40 orang nelayan yang terkesan dengan bencana banjir baru-baru ini menerima sumbangan bantuan berupa barangan keperluan asas harian daripada KO-NELAYAN dengan kerjasama Petron Oil Sdn. Bhd.

Penyerahan bantuan tersebut telah disempurnakan oleh Datuk Hj. Muhammad bin Hj. Tasan, Timbalan Pengerusi KO-NELAYAN diiringi oleh Tuan Hj. Yusof Hj. Ag. Besar, Pengurus Besar KO-NELAYAN dan Pn. Ruth Bensing, Wakil Petron Oil (M) Sdn Bhd bertempat di Jeti KPN Pasir Putih, Putatan.

Hadir bersama di majlis ini, Tuan Isquzawan Israq bin Hj Arsit, Timbalan Pengerusi SAFMA dan Tuan Mohd Faqyzree Salim, Ahli Lembaga Pengarah KO-NELAYAN merangkap Pengerusi Kumpulan Penyelaras Nelayan Pasir Putih.

#konelayansabah #PetronMalaysia #putatan

Kembali ke Arkib Aktiviti