Pertandingan Laman Web Kerajaan Negeri Sabah 2025

Ko-Nelayan meraih tempat ketiga dalam kategori The Independent Web Innovator Award

Pertandingan Laman Web Kerajaan Negeri Sabah 2025
7 Oktober 2025
Majlis
Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu

Pertandingan Laman Web Kerajaan Negeri Sabah 2025

Ko-Nelayan telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam kategori “The Independent Web Innovator Award” sempena Pertandingan Laman Web Kerajaan Negeri Sabah 2025 yang dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI). Penyampaian anugerah tersebut diadakan pada 7 Oktober 2025 di Sabah International Convention Centre (SICC).

Tuan Awang Asmat Bin Ag. Saman, Penolong Pengurus Besar (Bahagian Khidmat Pengurusan) telah menerima anugerah tersebut bagi pihak KO-NELAYAN. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Encik Mohd Nadzril Anak Encharang, Ketua Unit Teknologi Maklumat.

Tahniah atas kejayaan ini! Semoga Ko-Nelayan terus cemerlang dalam memperkukuh inovasi dan transformasi digital ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih efisien dan berimpak tinggi.

#konelayan

Kembali ke Arkib Aktiviti