Pengambilan Baru ADi Perantis Tahap 2, 2025
Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani & Salam 1 Kemahiran.
Pengambilan Baru — Program Latihan Kemahiran Akademi Dalam Industri (ADi) yang menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang Operasi Akuakultur Marin – Tahap 2 kini dibuka bagi pengambilan Februari Tahun 2025.
Sijil Kursus Latihan Yang Ditawarkan:
- Pensampelan Tanah Dan Air Tapak Akuakultur Marin
- Penyediaan Tempat Ternakan Akuakultur Marin
- Pengendalian Pelepasan Benih Akuakultur Marin
Tempoh Latihan: 3 bulan sahaja.
Sesi Temuduga: 5 Februari 2025, jam 8.00 pagi, di Pusat Latihan Akuakultur Ko-Nelayan, Tuaran. Kod pakaian: Formal. Sila bawa bersama resume dan sijil akademik yang berkaitan.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Pengurus Unit Akademik / Pegawai Penyelaras ADi, Pusat Latihan Akuakultur Ko-Nelayan Tuaran: Pn. Ahzlinda Akian.
(Pautan pendaftaran sesi temuduga bagi pengambilan ini sudah tidak aktif.)
#PenerajuKemahiranAkuakultur
#KONELAYAN
#KATC