Kursus Upskilling: Penghasilan Makanan Ikan Berformulasi Kos Rendah

Kursus 2 hari di Pusat Latihan Akuakultur Ko-Nelayan, Laya-Laya, Tuaran — 27–28 Januari 2025

Kursus Upskilling: Penghasilan Makanan Ikan Berformulasi Kos Rendah
21 Januari 2025
Kursus
Pusat Latihan Akuakultur Ko-Nelayan (KATC), Kg. Laya-Laya, Tuaran

Kursus Upskilling: Penghasilan Makanan Ikan Berformulasi Kos Rendah

Kursus Upskilling: Kursus Penghasilan Makanan Ikan Berformulasi Kos Rendah akan diadakan pada 27–28 Januari 2025 di Pusat Latihan Akuakultur Ko-Nelayan, Laya-Laya, Tuaran. Yuran penyertaan RM400.00.

Faedah Kursus: tenaga pengajar berpengalaman, makan minum percuma, penginapan disediakan, sijil kursus.

Syarat Penyertaan: terbuka kepada rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas; mengemukakan resit bayaran yuran sebelum kursus bermula; sihat tubuh badan dan tiada gejala COVID-19; boleh melakukan kerja praktikal; keutamaan diberikan kepada individu yang sedang atau berminat untuk menceburkan diri dalam industri berkaitan.

Syarat dan Terma Kursus: diadakan secara bersemuka; yuran RM400.00; terhad kepada 40 peserta terawal sahaja; peserta wajib hadir setiap sesi kuliah dan praktikal; peserta wajib mengisi semua borang yang disediakan oleh urus setia; sijil penyertaan diberikan kepada peserta yang memenuhi syarat kursus.

Anjuran: Pusat Latihan Akuakultur Ko-Nelayan (KATC).

Untuk maklumat lanjut sila hubungi En. Fhairull (013-899 9914) atau Pejabat (088-294 329).

Kembali ke Arkib Aktiviti