Latar Belakang
Pendekatan strategik akuakultur skala kecil (backyard aquaculture) untuk memperkukuh jaminan makanan isi rumah di Sabah
Inisiatif Kebun Dapur berteraskan akuakultur (backyard aquaculture) di bawah Ko-Nelayan dicadangkan sebagai pendekatan strategik bagi memperkukuh jaminan makanan dan meningkatkan pengeluaran sumber protein di peringkat isi rumah.
Projek ini memberi penekanan kepada pelaksanaan akuakultur berskala kecil melalui penggunaan kolam ternakan ikan air tawar, kolam tanah atau tangki statik; sangkar ikan berskala kecil di kawasan yang bersesuaian; dan sistem akuaponik. Pendekatan ini membolehkan isi rumah mengusahakan ternakan ikan secara praktikal sama ada untuk kegunaan sendiri atau sebagai sumber pendapatan sampingan — air daripada kolam ternakan turut boleh dimanfaatkan untuk penyiraman kebun dapur sebagai sumber nutrien semula jadi.
Kebun Dapur tu apa?
Kebun Dapur ialah cara mudah ternak ikan sendiri di rumah — untuk lauk keluarga atau jual lebihan dapat duit poket. Ko-Nelayan beri benih & peralatan harga diskaun, serta manual dan nasihat PERCUMA. Terbuka kepada keluarga luar bandar, nelayan/penternak kecil, belia menganggur dan ibu tunggal.
Anda tak perlu jadi nelayan untuk menyertaiObjektif Inisiatif
Matlamat utama pelaksanaan Inisiatif Kebun Dapur Ko-Nelayan
Sumber Protein
Menyediakan sumber protein ikan segar untuk kegunaan isi rumah
Kurangkan Kos Sara Hidup
Mengurangkan kos sara hidup keluarga kumpulan sasar
Penglibatan Belia
Meningkatkan penglibatan belia dalam penternakan ikan
Ilmu & Kemahiran
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas akuakultur
Pendapatan Sampingan
Menggalakkan lebihan hasil penternakan untuk pendapatan sampingan keluarga
Kumpulan Sasar
Golongan sasaran utama yang bakal mendapat manfaat daripada Inisiatif Kebun Dapur
Komuniti miskin luar bandar
Nelayan dan penternak ikan skala kecil
Belia dan siswazah menganggur
Ibu tunggal serta kumpulan rentan
Cara Sertai dalam 4 Langkah
Daripada daftar hasrat sehingga terima benih — kami pandu anda setiap langkah.
Semak & Daftar Hasrat
Jawab beberapa soalan ringkas & tinggalkan maklumat anda — dalam talian, ~1 minit.
Pegawai Hubungi Anda
Pegawai Ko-Nelayan akan menelefon untuk pengesahan & panduan seterusnya.
Lawatan Verifikasi Tapak
Pegawai teknikal melawat menyemak kesesuaian ruang/tapak anda.
Terima & Mula Ternak
Dapatkan benih/peralatan harga diskaun + manual & bimbingan teknikal percuma.
Kaedah Pelaksanaan
Lima bentuk sokongan Kebun Dapur — daripada benih & peralatan harga diskaun hingga pembiayaan keusahawanan. Klik mana-mana kad untuk lihat butiran & cara memohon.
Pembekalan Benih Ikan Berkualiti
Benih, makanan dan peralatan ditawarkan kepada peserta pada harga diskaun — disertai lawatan verifikasi, manual panduan penternakan dan nasihat teknikal, semuanya secara percuma.
Apa Anda Dapat
- Jenis ternakan: Tilapia Merah, Keli Afrika, Kerapu, Bawal Emas
- Spesifikasi — Tilapia & Keli: saiz minima 3 inci; Kerapu & Bawal Emas: 4 inci
- Manual Panduan Penternakan — PERCUMA
- Nasihat & bimbingan teknikal — PERCUMA
Cara Memohon
- Isi Borang Tempahan di Pejabat Wilayah Ko-Nelayan berhampiran
- Lawatan verifikasi oleh pegawai teknikal sebelum pembekalan
- Terima benih & manual + bimbingan teknikal percuma
Pembekalan Makanan Ikan
Makanan ikan pelet berkualiti dibekalkan kepada peserta bagi menyokong pertumbuhan ternakan secara optimum sepanjang kitaran penternakan.
Apa Anda Dapat
- Jenis ternakan: Tilapia, Keli Afrika, Patin, Kerapu, Bawal Emas
- Pelet Starter, Grower & Finisher — ikut peringkat tumbesaran
- Ditawarkan pada harga diskaun
Cara Memohon
- Borang Tempahan yang sama di Pejabat Wilayah Ko-Nelayan berhampiran
- Lawatan verifikasi & khidmat nasihat teknikal percuma
- Terima bekalan makanan ikut keperluan ternakan
Peralatan Akuakultur
Pelbagai peralatan akuakultur ditawarkan pada harga diskaun bagi membolehkan isi rumah memulakan ternakan secara praktikal — termasuk sistem aquaponik yang membolehkan ternakan ikan dan tanaman sayuran dijalankan serentak.
Apa Anda Dapat
- Jenis ternakan: Tilapia, Keli Afrika, Patin, Kerapu, Siakap, Bawal Emas
- Sistem aquaponik — ternak ikan + tanam sayur serentak
- Ditawarkan pada harga diskaun
Jenis Peralatan
Aquaponik
Aqua Starter Kit
Pam Air & Angin
Jaring & Lain-lain
Latihan & Khidmat Nasihat Teknikal
Ko-Nelayan menyediakan latihan dan khidmat nasihat teknikal secara percuma bagi membantu peserta menguasai kemahiran asas akuakultur — sekaligus membuka peluang keusahawanan kepada belia dan siswazah.
Apa Anda Dapat
- Kursus upskilling modul penternakan ikan
- Latihan Pembangunan Keusahawanan Belia & Siswazah
- Lawatan pemantauan berkala & nasihat teknikal
- Semua kursus & latihan — PERCUMA
Cara Memohon
- Mohon terus ke Pusat Latihan Akuakultur Ko-Nelayan (KATC) atau Pejabat Wilayah
- Kursus percuma di KATC atau daerah berdekatan mengikut permintaan
- Lawatan pemantauan tahunan disediakan untuk projek peserta
Aquapreneur Kebun Dapur Start-up
Peluang keusahawanan terbuka kepada belia daripada isi rumah miskin untuk memulakan perniagaan akuakultur sendiri — lengkap dengan pakej peralatan, bekalan benih, bahan input, latihan dan pembiayaan kredit mikro bersubsidi.
Pakej Disediakan
- Akuaponik / Aqua Starter Kit & aksesori
- Bekalan benih ikan + bahan input (makanan, ubat-ubatan)
- Program Transformasi Minda / Latihan — PERCUMA
- Akses scale-up ke pembiayaan i-AKUAKULTUR
seorang · pembiayaan kredit mikro bersubsidi
Cara Memohon
- Isi Borang Permohonan di semua Pejabat Wilayah Ko-Nelayan
- Pemeriksaan tapak — Jawatankuasa Teknikal Akuakultur memperakukan kesesuaian tapak
- Latihan percuma disediakan kepada pemohon yang berjaya
- Project scale-up — akses pembiayaan i-AKUAKULTUR untuk pengembangan perniagaan
Berminat dengan mana-mana komponen di atas?
Semak & Daftar HasratImpak Inisiatif
Manfaat ekonomi, sosial dan kesihatan yang disasarkan menerusi Inisiatif Kebun Dapur
Impak Ekonomi
Menjimatkan perbelanjaan dapur dan membuka pendapatan sampingan daripada lebihan hasil ternakan
Keselamatan Makanan & Kesihatan
Bekalan protein segar dan berterusan untuk keluarga, terutamanya ketika krisis ekonomi atau bencana
Impak Sosial
Menggalakkan kerjasama komuniti, perkongsian ilmu dan sikap berdikari kumpulan sasar
Pembangunan Insan
Pendedahan kemahiran asas akuakultur dan pendidikan kelestarian makanan kepada generasi muda
Pejabat Wilayah Ko-Nelayan
Hubungi atau kunjungi Pejabat Wilayah berhampiran untuk maklumat lanjut & permohonan rasmi.
Amaran: Ko-Nelayan TIDAK PERNAH meminta bayaran pendahuluan untuk menyertai program ini. Berurusan hanya melalui Pejabat Wilayah rasmi atau pegawai bertauliah. Jika ada yang meminta wang, sila laporkan.
Berminat untuk menyertai Kebun Dapur?
Inisiatif penternakan ikan (backyard aquaculture) dalam Program Kebun Dapur merupakan pendekatan kos efektif dan mampan untuk meningkatkan kesejahteraan isi rumah komuniti dan nelayan. Hubungi atau kunjungi Pejabat Wilayah Ko-Nelayan berhampiran anda, atau Pusat Latihan Akuakultur Ko-Nelayan (KATC), untuk maklumat lanjut dan permohonan.